Kampung Puding adalah sebuah perkampungan yang terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur di dalam daerah Hulu Langat. Kampung Puding juga merupakan sebuah perkampungan yang didiami oleh penduduk berbangsa Melayu yang dianggarkan berjumlah 500 orang. Taraf hidup atau ekonomi penduduk kampung Puding adalah berada di taraf sederhana dan pendapatan per kapita penduduk dianggarkan sebanyak RM 700. Memandangkan kepesatan pembangunan kawasan sekitarnya yang dijangka akan menaik tarafkan Kampung Puding dari sebuah perkampungan kepada sebuah pekan, maka kami tidak mahu ketinggalan dari mempromosi dan mewarwarkan kewujudan kami kepada dunia Siber.
Lokasi
Terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur
30 Minit perjalanan dari Kuala Lumpur dan Kajang
15 Minit dari Ampang
Tempat-tempat menarik di kawasan sekitar
Jambatan Gantung Kg Puding, Batu 17 Dusun Tua
Kolam Air Panas, Batu 16 Dusun Tua
Institut Kemahiran Belia Negara
Hutan Lipur Sg Congkak, Lubuk Kelubi
Sg Manggis, Pongson
Gunung Nuang, Pongson
Empangan Hulu Langat, Pongsoon
Air Terjun Sg Gabai, Sungai Lui
Empangan Semenyeh, Semenyeh
Hutan Lipur Sg Tekala, Semenyeh
|